Cinta dan Kahwin, atau Kahwin dan Cinta?
“Dengar sini sekelian yang bakal mendirikan rumahtangga, beta musykil sekali - Adakah kamu nikahi orang yang kamu cintai? Atau, kamu cintai orang yang kamu nikahi? Apa? Kamu tidak faham? Baiklah. Beta ulang sekali lagi. Tapi sekali sahaja lagi. Kalau masih tak faham, akan beta pisahkan kamu berdua. Dengar lagi baik-baik. Adakah kamu nikahi orang yang kamu cintai? Atau, kamu cintai orang yang kamu nikahi? ”
Eh macam sandiwara bangsawan pulak kita ni…Tapi bukankah dunia ini panggung sandiwara…kata Osman Hamzah dalam lagunya.
Dalam tahap percintaan, semuanya indah belaka, macam sandiwara. Tapi bila dah kahwin semuanya macam dalam neraka.
Biasa dengar? Ha, biasalah tu.
Sebelum kahwin, dia punya sandiwara, oooi lebih terror dari filem Bollywood. Dah kahwin, dia punya camera trick lebih hebat dari Hollywood.
Apa tidaknya…dia dah penat bercinta…cinta, cinta, cinta kemudian puncaknya kahwin. Bila dah kawin, dah pancit. Cinta ke mana, semuanya tak de! Begitulah cerita menikahi orang yang kita cintai.
Tapi, kalau kita cintai orang yang kita nikahi, cerita cinta kita baru nak mula, baru nak start beb! Berkoyan-koyan tenaga kita.
Apa lagi, terus masuk gear, jalan terus. Tak toleh-toleh belakang lagi. Semangat betul. Dan terakamlah banyak kenangan indah dan manis yang menjadi pengukuh perhubungan suami-isteri selamanya.
Jangan marah ye Cik Abang Cik Adik yang nak kahwin. Nasihat saya, sebelum kahwin, berpada-padalah.
Janganlah melampau-lampau dalam menjalin perhubungan, percintaan.
Janganlah sampai kahwin dengan tak kahwin sama saja.
Jangan pancit bercinta setelah nikah kerana penat bercengkerama sebelum sah.






