....maka ber K.A.S.I.H.lah...
Setiap orang yang berkahwin, semuanya berganda. Tak percaya, lihatlah sekeliling.
Pertama sekali, diri kita yang berganda. Dulu seorang, sekarang berdua. Dulu makan sepinggan, sekarang dua pinggan. Dulu katil single, sekarang katil queen atau king.
Kedua, bila kita kahwin, ibubapa kita pun berganda. Saat sah nikah sahaja, tiba-tiba kita ada dua bapak, dua emak.
Ketiga, adik-beradik dan saudara-mara pun berganda. Waktu hariraya siaplah…tak habis pusing…
Keempat, badan pun berganda. Tengok je nanti. Tengok siapa yang berganda dulu…suami atau isteri.
Kelima, ganjaran beribadah pun berganda, malah berkali-kali ganda bagi mereka yang berkahwin.
Ha, inilah hikmah orang yang berkahwin.
Untuk terus meni’mati hikmah perkahwinan ini amalkan KASIH, iaitu K.A.S.I.H
Apa dia?
K.A.S.I.H...?
Yup ...berK.A.S.I.H. lah terus....
K: Kembar. Anggap suami isteri kita tu macam kembar kita. Segalanya bersama. Susah-senang bersama. Jatuh-bangun bersama. Tawa-tangis pun sama-sama.
A: Anugerah. Anggap mentua kita itu anugerah dari Tuhan untuk kita gandakan amalan berbuat baik dengan orangtua. Ingat ye, mentua tu anugerah, bukan parah.
S: Sayap. Anggaplah ipar-duai sebagai sayap baru kita dan kita ni pula sayap baru mereka. Sayap untuk apa? Sayap untuk sokong keluarga kita semua berjaya.
I: Intan. Anggaplah badan fisikal kita ini lebih bernilai dari sebutir intan. Hargailah badan fisikal kita dengan menjaga kesihatannya dengan lebih rapi lagi.
H: Harta. Anggaplah perkahwinan sebagai ibadah untuk kita himpunkan pahala dan ganjaran sebagai harta bekalan hidup di akhirat kelak.
Ha, untuk merasai ni’mat hikmah perkahwinan, berK.A.S.I.H.lah sepanjang masa.






