Kasih Sejati
 
Search     
 
       
 
Programme OverviewKasih Sejati Schedule 2013Next Kasih Sejati MPC @ SuChi SuccessNext Kasih Sejati MPC @ MosqueFAQ on Kasih SejatiOur Mosque PartnersList of KadiTips Kasih SejatiDoa For The Bride & GroomPantun Vintage Wakil MajlisCourses for CouplesArticles on Marriage & Relationships Names of Muslim Babies (Boys) Names of Muslim Babies (Girls) Soal - Jawab Seminar Menyingkap Rahsia Syurga Di Dunia AnnouncementAdvertisersTraining Rooms For RentKhidmat Kaunseling Privet
 
 

Nasihat No.3: ILMU TIGA Untuk Pemimpin Rumahtangga

Wanita itu dikahwini atas empat perkara – paras rupa, harta, kedudukan dan agamanya, dan yang paling baik sekali pilihan adalah yang ada agama. Sasaran seruan ini seakan-akan ditujukan kepada kaum hawa sahaja. Tetapi apabila direnungi, untuk seseorang lelaki itu memilih wanita atas dasar agama, lelaki itu sendiri pertama sekali perlulah juga orang yang pentingkan hidup bersandarkan agama.

Cakap senangnya, apabila Nabi menyuruh kita mendapat calon isteri berdasarkan agama, kita sendiri pun mestilah hidup beragama. Kalau tidak, tak ngamlah. Isteri saja yang ada agama, si suami buat dek saja, tak aci tu. Maknanya, kenalah sama-sama titik-beratkan kepentingan hidup beragama. Bukanlah maknanya kita kena jadi Pak Lebai pulak. Tetapi sebagai suami, kenalah jadi Imam dalam keluarga, jadi Pemimpin untuk isteri dan anak-anak nanti.


Sebagai Pemimpin, para suami mesti ada ILMU dalam TIGA tanggungjawab asas rumahtangga.

Pertama, ilmu tentang tanggungjawab bersama iaitu melaksanakan segala perintah dan tuntutan Allah swt secara bersama;

Kedua, ilmu tentang hak & tanggungjawab suami terhadap isteri;

Ketiga, ilmu tentang hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami.

Semua bakal suami wajib tahu 3 tanggungjawab asas ini. Kalau tidak, macamanalah si suami mampu untuk memimpin dan menyusun hidup bersama isteri dan anak-anak nanti? Dari itu, bukan bakal isteri sahaja yang perlu ada agama, si bakal suami lebih-lebih lagi perlu tahu asas-asas hidup beragama. Kalau tidak, huruharalah rumahtangga! Bukan jadi rumahku syurgaku, rumahku nerakaku.

---

Sebuah lagi sumbangan dari Kursus Rumah Tangga Kasih Sejati (Eternal Love Marriage Preparation Course) demi memperkukuh rumahtangga anda.
Dapatkan lebih banyak lagi tip-tip rumahtangga dan juga kursus rumahtangga di sini dan juga di lelaman facebook Mohd Khair Mohd Noor, Konsultan Utama SuChi Success Initiatives Pte Ltd.

Next Article

 1