Forum Kedua
“Enhancing Sex and Intimacy Within a Blissful Marriage”
Menyingkap Rahsia Syurga di Dunia
1. Dr Ismail, di mana salah atau silapnya kita surf website porn kalau untuk mendapat semacam ‘ilmu praktikal’. Kebanyakkan buku-buku hanya teori sahaja. Buat masakini website porn bertindak semacam ‘ilmu praktikal’ bagi pasangan baru juga lama. Jika bertanya kebanyakkan malu dan segan nak jawab.
Kenapa website itu dinamakan lelaman lucah sedangkan ia juga banyak membantu sesiapa yang ada problem seksual.
Kalau tanya ustaz/ustazah dengan cepat mereka katakan HARAM. Mohon penjelasan terbuka dengan details.
Jawapan Soalan:
Tidak salah jika kita gunakan buku panduan untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan.Yang mustahak ialah buku panduan itu sahih dan member maklumat yang betul dan teknik hubungan seksual yang sesuai dan sihat.Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah suatu Ibadah,maka pendekatannya ialah berunsur ibadah,iaitu tidak melakukan hubungan yang melanggar batasan agama saperti seks ‘anal’ dan seks ganas atau melampau saperti pukul memukul,ikat mengikat dan lain lain yang mana kesemua ini memang banyak dipaparkan dalam internet.Lagi pun menonton sesi seks dalam internet member risiko ketagihan kepada fornografi.Buku panduan yang saya syorkan tentang seks ialah ‘Everywoman’.’The Book Of Love’ ‘The Joy of Love’dan pelbagai lagi yang anda boleh dapat dari kedai buku.Yang mustahak ialah ambil teknik yang sesuai untuk anda mengikut batasan agama dan budaya.
2. Seperti beberapa sms yang lalu, semua buku-buku di pasaran ada hanya menerangkan teori hubungan seks. Ada tak buku atau vcd menjelaskan dan menunjukkan dari awal hingga akhir secara ilmiah dan education?
Jawapan Soalan:
Saperti yang saya telah jelaskan awal tadi,kita boleh gunakan pelbagai buku panduan atau CD/VCD yang memaparkan teknik persetubuhan samaada mengunakan gambar manusia atau illustrasi jika itu yang kita fikir sesuai dengan mengambilkira batasan budaya dan agama kita.Anda boleh beli CD ini melalui internet.Boleh muatt urun wayang gambar selepas anda dah bayar melalui kad kredit.
3. Ada setengah-setengah suami atau isteri tidak suka berhubungan seks dengan macam-macam alasan takda mood penat, bosan, malas, tak dapat ereksi dengan baik, menyakitkan dan macam-macam alasan lain. Adakah dan apakah cara-cara mengatasinya?Jawapan Soalan:
Perkara ini seharusnya tidak timbul jika kedua dua pasangan perihatin antara satu dengan yang lain.Hubungan intim seksual mengeratkan hubungan silaturrahim yang secara langsung merangsangkan kehidupan berumahtangga.Jika pasangan ada masalah kesihatan yang boleh menghalangan hubungan intim seksual,masalah kesihatan itu perlu diselesaikan secepat mungkin.Kini ada pelbagai pendekatan rawatan untuk membantu pasangan menekmati hubungan seksual yang membina.Bayangkan faedah yang kita dapat dari hubungan seksual sebagai orang Islam,pahala yang amat mudah dan jika abaikan kita menanggung dosa!Cheriakan hubungan seksual dan nekmati kehidupan yang lebih puas dan bahagia.
4. Bagaimana cara terbaik untuk isteri mencapai inzal “climax” atau “orgasm”? Bagaimana si suami tahu “orgasm” telah dicapai oleh isteri?
Jawapan Soalan:
Klimaks,orgasma atau mencapai kepuasan rangsangan seksual ialah kemuncak rangsangan yang dialami oleh lelaki dan perempuan.Jadi jika individu itu dapat menekmati keseronokan akibat rangsangan yang dilakukan kepada bahagian tubuhbadan yang memerangsangkannya dia akan mencapai kemuncak rangsangan yang bergelar orgasma.Yang mustahak ialah kedua dua pasangan perlu memandu pasangannya kebahagian tubuh badannya yang memudahkannya mencapai klimaks.Jadi mustahak untuk individu itu mengenali tubuhbadannya yang sensitive dengan sentuhan intim.Wanita mempunyai tempat dibahagian tubuh badannya yang sensitif kepada sentuhan yang dikenali sebagai ‘erogenous zones’, saperti bibir,lidah,leher,payu dara,ketiak,kelengkang,vulva saperti bibir besar,bibir kechil dan klitoris,bahagian luar pembukaan lubang bnajis dan bahagian antara lubang najis dan pembukaan faraj yang dikenali sebagai ‘perineum’.Selain ini ada juga bahagian dalam faraj yang memerangsangkan perempuan saperti langit faraj berdekatan bahagian antara salur kencing dan pundi kencing yang dikenali sebagai ‘G-Spot’dan keseluruhan langit faraj yang dikenali sebagai AFE Zone.Walaubagaimana pun otak ialah organ seksual yang paling mustahak dan minda yang mengawal orgasma.Jika kedua dua fungsi itu tergendala maka sukar nak kemuncak!
5. Hukum zina dalam islam adalah sangat berat, seperti sebat. Apakah kesan scientificnya dalam hal ini?
Jawapan Soalan:
Naluri dan nafsu shaywat dalam kawalan individu yang bergelar manusia.Hubungan seksual antara lelaki dan perempuan hanya diizinkan melalui ikatan perkhawinan dalam Islam dan ini hukum yang tidak boleh diperlekehkan.Jika melanggar hukum Tuhan maka perlu menerima balasannya.Itu sahaja!
6. Bayi yang masih kecil biasanya tidak dapat tidur malam dengan baik. Ini menjejas perhubungan suami isteri sehingga suami marah. Apakah hukumnya? Kena kutuk? Nak buat siang hari suami isteri bekerja. Macam mana?
Jawapan Soalan:
Kata orang jika hendak seribu daya dan jika tidak mahu seribu daleh.Dalam hal hubungan keintiman seksual, ini antara pasangan yang telah berkhawin.Jika berkeinginan boleh usaha masa dan tempat.Ini perlukan kerjasama kedua dua pihak.Ini juga satu tanggungjawab!
7. Apakah pandangan islam tentang sexual that prof mentioned?
Jawapan Soalan:
Hubungan keintiman seksual hanya harus untuk pasangan yang telah berkhawin dan ia suatu Ibadah dan melakukannya memberti banyak manafaat kepada kedua dua pasangan selain pahala dan zuriat.Anggota kelamin yang Tuhan beri tiada tarikh luput dan boleh digunakan sampai keliang lahad.Jika fungsi tergendala, ada banyak cara perawatan yang boleh mengatasinya dan ini hanya dengan izin Tuhan(saperti penemuan ubat Viagra,penemuannya secara accidental!)
8. Isteri enggan menyampaikan ‘sex fantasy’ saya iaitu membuat oral seks sehingga climax walapun dipujuk jangan ditelan air mani.
Jawapan Soalan:
Hubungan seksual jika dilakukan secara paksaan tidak memberi keseronokan kepada yang kena paksa.Jika berkehendakkan suatu cara atau teknik,lebih elok bermaufakat dan jika dapat diterima boleh melakukannya.Jika tidak ini boleh menggangu kesihatan mental pasangan dan mungkin boleh menjejaskan hubungan silaturrahim.Dalam pandangan Islam,seks oral boleh dilakukan.tapi sebilangan individu rasa cara ini tidak mengikut peraturan sebenar iaiatu alar kelamin bukan untuk dimasukkan kedalam mulut,tapi dalam faraj!Ada juga sebilangan individu tidak selesa dengan bau anggota kelamin atau rasa tidak selesa tempat makan(mulut) didekatkan dengan tempat buang najis!(kencing itu najis!)Jadi dalam hal ini kedua dua pihak perlu bertimbang rasa dan tidak memberi tekanan.
---
Sebuah lagi sumbangan dari Kursus Rumah Tangga Kasih Sejati (Eternal Love Marriage Preparation Course) demi memperkukuh rumahtangga anda.
Dapatkan lebih banyak lagi tip-tip rumahtangga dan juga kursus rumahtangga di sini dan juga di lelaman facebook Mohd Khair Mohd Noor, Konsultan Utama SuChi Success Initiatives Pte Ltd.




