Past Programme
Seminar Mawaddah Wa Rahmah 2012

Lebih dari 1500 peserta telah mendapat manfaat dari siri Seminar Mawaddah wa Rahmah. Respons yang diberikan para peserta adalah amat baik sekali. Ramai yang ingin hadir lagi. Di sini kami menyajikan sekali lagi Seminar Mawaddah wa Rahmah musim terbaru yang bakal diadakan seperti berikut:
Tempat: Auditorium Masjid Sultan
Masa: Sabtu 18 February 2012
Waktu: 2.00 hingga 6.00 petang.
Tiket:
Early Bird Special: S$30/pax; S$55/pasangan (sehingga 31 January 2102)
Value Special: S$35/pax; S$60/pasangan (sehingga 17 Februari 2012)
Walk-in Deal: S$45/pax; S$80/pasangan (pada 18 Februari 2012 - selagi tiket masih ada)
Group Booking: $55/pasangan suami isteri untuk tempahan 10 tiket keatas untuk minima 5 pasangan. [Tempahan hanya melalui panggilan 6842 8161].
- Tiket yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan tetapi boleh dipindahmilik
- Harga Special hanya untuk pembayaran tiket yang dibuat sebelum tarikh luputnya. Pendaftaran tanpa pembayaran tidak menjamin tiket. Harga tiket tertakluk kepada tarikh pembayaran yang dibuat.
- Pembayaran boleh dibuat menerusi
- ATM Transfer
- Internet Banking
- Mailing of Cheques (value of ticket will depend on clearance of cheque)
- Pembelian langsung di pejabat SuChi Success
Untuk pembayaran secara Fund Transfer, sila buat pembayaran dengan jumlah yang tepat kepada akaun berikut:
DBS Savings Plus
Account Number: 017-9-095033
Setelah membuat pembayaran melalui Fund Transfer sila hubungi 6842 8161 untuk memberitahu kami Reference Number yang tertera di resit anda.
*NOTA PENTING:
Seminar ini dibuka HANYA untuk orang-orang dewasa sahaja. Anak-anak TIDAK DIBENARKAN menyertai seminar ini.
Alamat kami adalah:
1 Sims Lane #04-11,
ONE Sims Lane,
SIngapore 387355
Harap dapat menempah tiket seawalnya sebab TEMPAT TERHAD.
Sila klik di sini untuk melihat peta ke pejabat kami.
Sinopsis
Sebagai pasangan yang telah berumahtangga, tidakkah anda ingin tahu...
- rahsia-rahsia kasih sayang anda berdua berkekalan hingga akhir nanti?
- bagaimana hubungan anda berdua dapat sentiasa mesra dan hangat memberi tenaga sepanjang masa?
- cara-cara untuk mengeratkan hubungan zahir dan batin di antara anda berdua?
- perkara-perkara yang boleh melemahkan dan mendinginkan perhubungan anda berdua?
- kenapa ramai kaum isteri terkena jangkitan penyakit kelamin berjangkit?
- apakah selamat untuk memakan ubat-ubatan yang dikatakan dapat menguatkan tenaga batin?
- kenapa masalah kurangnya tenaga batin ini boleh mengakibatkan lebih banyak lagi masalah-masalah lain seperti pertelingkahan, perceraian, dan juga kecurangan?
Seminar Mawaddah wa Rahmah ini ditujukan kepada pasangan suami-isteri yang memang ingin menjadikan rumahtangga mereka kekal dan penuh dengan kasih sayang yang harum sepanjang masa.
- Apakah kepentingan menjaga kesihatan seksual rumahtangga? - Perspektif perubatan, kesihatan, sosial dan juga Islam
- Kenapa suami masih lagi tidak puas dengan isteri sendiri, dan juga sebaliknya? Apakah punca-punca yang melemahkan tenaga batin, dan bagaimana mengatasinya?
- Kenapa masih lagi ada kaum adam yang mencari-cari ubat-ubatan untuk menguatkan tenaga batin, terutama di peringkat usia senja? Menggunakan ubat-ubatan seksual tiruan boleh membawa maut? Apakah ubat-ubatan tradisional seperti tongkat ali dan kacip fatimah berkesan dan selamat untuk dimakan?
- Mengapa ramai para isteri dijangkiti penyakit kelamin di Singapura? Bagaimana mengelakkan risiko-risiko penyakit kelamin?
- Apakah resepi kemesraan dan keintiman suami-isteri? Salah-faham keintiman suami-isteri? Menghuraikan masalah keintiman suami-isteri
- Kes-kes sebenar & soal-jawab secara private (suami atau isteri yang hadir pun tidak akan mengetahui soalan-soalan yang diajukan kepada para panelist)
Seminar Mawaddah wa Rahmah ini bukan ditujukan untuk mereka yang bermasalah sahaja. Seminar ini sebenarnya amat berguna sekali untuk setiap pasangan suami-isteri yang mahukan rumahtangga mereka bagaikan syurga di dunia...
Seminar ini dianjurkan oleh SuChi Media Pte Ltd dengan sokongan SuChi Success Initiatives Pte Ltd dengan barisan panelis berikut:
- Prof Emeritus Dr Ismail Tambi (Consultant Cinical Andrologist, Damai Service Hospital, Kuala Lumpur) Pakar dan Pensyarah Sakit Tuan & Sakit Puan yang berasal dari Singapura dan terkenal di kalangan pakar perubatan di Singapura, Malaysia dan rantau ini
- Mohd Khair bin Mohd Noor - Ketua Konsultan dari The SuChi Group yang telah banyak mengendalikan program-program Kesihatan Seksual dan Pendidikan Seksualiti dengan sokongan HPB, MCYS dan juga MOE
- Prof Madya Ustaz Hasanuddin Md Yunos (Cyberjaya University College of Medical Sciences, Cyberjaya Selangor), Ahli Psaikologi, Kaunselor Kanan & Pakarunding Kekeluargaan.
Seminar kali ini bakal dijalankan dengan format yang berbeza dengan penyertaan acara-acara "surprise" dan juga peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Sessi soal-jawab akan diadakan secara penuh adab-sopan dengan menjaga privasi setiap peserta yang bertanya. Identiti peserta yang bertanya tidak akan diketahui umum. Sessi soal-jawab diadakan dalam suasana yang private dengan jawapan yang terbuka dari para panelist.
Jamuan ringan dan nota akan disediakan untuk setiap peserta seminar. TEMPAT TERHAD.
*NOTA PENTING:
Seminar ini dibuka HANYA untuk orang-orang dewasa sahaja. Anak-anak TIDAK DIBENARKAN menyertai seminar ini.
Prof Emeritus Dr Ismail Tambi
Consultant Clinical Andrologist,
Reproductive and Sexual Health Specialist,
Men’s Health Clinic,
Damai Service Hospital (Private Hospital), Kuala Lumpur
Jawatan Terakhir di Sektor Awam Malaysia:
Head,
Specialist Clinic,
Specialist Reproductive Human Research Centre
National Population & Family Development Board
Jawatan-Jawatan Lain Sebagai Konsultan:
- Visiting Consultant in Clinical Andrology and Infertility for the Family Development Foundation, State of Terengganu, Malaysia (since 1990).
- Visiting Consultant, Specialist Reproductive Research Centre, Kuala Lumpur
- Visiting Consultant, LPPKN Family Clinic, Shah Alam, Selangor
- Visiting Consultant, Danau Kota Hospital, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Beliau adalah seorang pakar yang sangat berpengalaman dan diterima sebagai anggota di badan-badan professional berikut:
- Executive Council Member of Asian Society of Andrology (founder Member and Life Member). Presently Hon – Treasurer of the Society (2001-present)
- Associate Member of International Society of Andrology.
- Associate Member of the International Society of Sexuality and Impotence Research.
- Associate Member of the Asia Pacific Society of Impotence Research.
- Associate Member of Australian Fertility Society.
- Associate Member of the Asian Society of Sexology
- Executive Council Member of Malaysian Society of Andrology.
- Member of the Obstetrics and Gynaecological Society of Malaysia.
- Member of the International Society for the Study of the Aging Male (Member of the Scientific Committee (2000-present)
- Executive Council Member of the Asia Pacific Society for the Study of the Aging Male (2001- present)
- Member of the Malaysian Erectile Dysfunction Advisory Council and Training (MEDACT)
- Member of The International Society of Sexology
- Member of The Asian Society of Sexology
Prof Emeritus Dr Ismail Tambi telah menulis beberapa buku dan manual mengenai kesihatan seksual. Di antara buku-buku tersebut adalah seperti berikut:
- Illustrated Guide for Infertile Couple (1985)
- Infertility Guide for Couples (1986)
- Manual for Infertility Management (Prepared for ICOMP) (1987)
- Clinical Andrology: Comprehensive Manual in the Management of Men’s Health sexual and infertility problementitled “Pengenalan Dan Rawatan Sakittuan”,Utusan Malaysia Publications (Written in Bahasa Malaysia) (1995)
- Towards Enhancing Fertility: A comprehensive manual in the current treatment and management of Infertility entited “Panduan Meningkatkan Kesuburan”Utusan Malaysia Publications (written in Malaysian language) (2001)
- Manual of Sexual and Reproductive Health, Chief Editor (LPPKN 2003)
- Male Sexual Dysfunction: Focus on Impotence and ED entitled “Derita Dalam Diam”(written in Bahasa Malaysia) Pustaka Wira Publications.(2004)
- A Men’s Guide to Sexual Health( A Guide Book for Men’s Health Sponsored by Pfizer) 2004
- Introduction to Sexual Health and Sexual Problems (written Bahasa Malaysia) PTS Publications 2005-09-07
- Lelaki Unggol, a Compendium of Men’s Health issues, Warta Perdana Press 2005-09-0
- Panduan Menjaga Kesihatan Seksual, a manual of managing sexual health for men and women, written in Bahasa Malaysia.PTS Publication 2006-08-09.
- Cinta, Perkhawinan & Kesihatan Seksual ( A guide book for would be married couples) Edusystem Sdn.Bhd, 2007
- Terapi Perkhawinan( A handbook for would be married couples)Buku Prima Publications 2008
Inilah sebahagian dari kajian-kajian yang telah dilakukan oleh Prof Emeritus Dr Ismail Tambi dalam bidang Andrology (sebelum bersara):
RESEARCH PAPERS PUBLISHED/PRESENTED
ANDROLOGY
- A one year study of sperm count profile of male subjects of sub fertile/infertile couples of various ethnic groups in a Fertility Clinic in Kuala Lumpur. (Medical Bulletin of National University of Malaysia, Vol. 4 Sept/Oct. 1985).
- A comparative study of standard methods and Automated (Cell soft) semen analysis. (Malaysian Journal of Reproductive Health 6 (1) 1988).
- Effects of 'Friend' feminine wipes on sperm viability in vitro. (Malaysia Journal of Reproductive Health 8 (2) (1990).
- FSH as a predictive indicator of efficacy of Tamoxifen in the management of idiopathic normogonadotropic and/or asthenospermic males. (VII World Congress on Human Reproduction, June 26 July 1,1990, Book of Abstracts).
- Effectiveness of Sustanon 250 in management of depressed sexual functions associated with true Andropause (male climacteric): A Malaysian Experience. (Chinese Journal of Andrology Supplement to Vol. 6 No. 34, 1992)
- PADAM and HRT CLINIC for the Males The Malaysian Experience (Asian Journal of Andrology, Supplement, 1996)
- Clinical Application of Asian Medicine in E.D. The Malaysian Multicultural experience. (International Journal of Impotence Research, Vol. 9, Supplement 1 October 1997).
- The Aging Male: Malaysian Experience in the Management of PADAM. (The Aging Male Official Journal of the International Society For The Study of the Aging Male, Vol. 1, Supplement 1, February 1998).
- Problems related to the Aging Male. (The Journal of Obstetrics and Gynaecology Research. Vol. 24 Supplement No. 3) 1998.
- International Differences in the Epidemiology of Male Erectile Dysfunction – The Malaysian Result (International Journal of Impotence Research Vol.10.Supplement 3) 1998
- Epidemiology of Erectile Dysfunction: The Malaysian Result –( The Aging Male Official Journal of the International Society for the Study of the Aging Male, Vol.3.Supplement 3) 2000
- Glycoprotein Water-soluble Extract of Eurycoma Longifolia Jack as a Health Supplement in management of Health aging in aged men.(The Aging Male Official Journal of the International Society for the Study of the Aging Male, Vol.6 Supplement 3)2002
- Water soluble Extract of Eurycoma Longifolia in enhancing testosterone in males.(International Trade Show and Conference, Supply Side West, The Venetian, Las Vegas, Nevada, USA- Supplement Book), 2003
- The Sexual Needs of the Aging Males, Medical and Complimentary therapies.(Health Worlds Asia Conference 2004,International Health Exhibitions and Congress)2004
- Extended Clinical Studies on Eurycoma Longifolia Jack.(International Trade Show and Conference, Supply Side West, The Venetian, Las Vegas, Nevada. USA- Show Guide Booklet), 2004.
- Standardised Water soluble extract of Eurycoma Longifolia (LJ100) on men’s health. Abstracts of 8th International Congress of Andrology, Volume 28 suppl.1 June 2005
- Standardised Watersoluble Extract of Eurycoma Longifolia LJ100 Maintains Healthy Aging in man. Abstract in the Proceeding of the Aging Male Conference in Salzberg,Austria 2006,The Aging Male Journal, Vol.9,No.1 March 2006.
- Eurycoma Longifolia jack: a potent adaptogen in the form of water-soluble extract with the effect of maintaining men’ health. Abstract of Second Asian Forum In Andrology 2006. Asian Journal of Andrology, Vol. 8,Issue 5, Supplement 1 October 2006.
- Study on Horney goat Complex in managing men’s health. Abstract in Asian Study Of Aging Male, Bali 2007.
- Study of a Genital Care Cream for men. Case of Genital Health and Consciousness. Abstract in Asian Society of Aging Male, Bali 2007
- Improving Quality of Life in Erectile Dysfunction: Evidence from Modern Medicine 4th,Asia-Pacific Conference on Risk Management for Preventive Medicine 20-22 Nov.2007.Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysian Journal of Public Health Medicine, Vol.7(Supplement 3) 2007
Prof Madya Hasanuddin M Yunos
Pensyarah, College of Medical Sciences, Cyberjaya University, Selangor
Academic Qualification
- Masters In Guidance And Counceling,
Universiti Teknologi Malaysia (1997) - Bachelor of Art (Major Arabic Language And Minor in Islam Law)
Jordan University (1993) - General Diploma In Arabic Language
Ummul Qura, University Saudi Arabia (1999)
Professional Organisation Membership
- A registered member of Darulsyifa' Association, Malaysia
(An association for TCM (Islamic) practitioner)
Academic Research
- At UTM
"Pencapaian Penguasaan Pendidikan Al-Quran di Sekolah-sekolah di Negeri Johor", 1996. (Kajian Bersama Tiga Orang)
Work Experiences
- Lecturer / Tutor, 1993-1999
Centre for Islamic Studies, UTM Sekudai. - Counselor, 1993 – 1999
Handling counseling session for UTM's staff and students. - Senior Trainer & Consultant, 2000 -2009
Focus Learning Consulting SDN BHD - Pilgrimage Consultative Council Member, 1996 – 1999,
Tabung Haji and Johore Religious Department - Special Consultant, 2001 – 2006
ROMM - Special Consultant, 2002 – 2006
Singapore Islamic Religious Council - Director, 2005 – now
Taqi Agrofarm And Mining SDN BHD - TCM Practitioner (Islamic), 1995 – 1999
Handling hundreds of TCM patients at UTM Skudai, TCM Clinic (and until now)
Teaching Areas
At UTM Skudai, lectured Islamic Studies and Psychology / Counseling in the followingsubjects:- Islamic Studies
- Islamic Civilisation
- Islamic Cosmology and Science
- Fundamentals of Psychology
- Theories of Psychology
- Psychology and Islam
- Fundamentals of Counseling
- Counseling Techniques
- Counseling Practical (Supervisor)
Written Modules
As a lecturer and human capital development consultant, I designed and developed the following modules:- "Effective Learning Skills from Islamic Perspective" (Modules for UTM Students, 1996
- "Achieving Satisfaction at Work Place for UTM Staff", 1997
- "The Easy Way to Coach Pilgrimages" (Train the Teachers. For Johore State Govenrment and Tabung Haji), 1996.
- "Module for Basic Training For Effective Counselor" (Modules for training Counselor in Brunei and Singapore. 2004
- "Excellence Working Team in Manufacturing Environment" (Modules for team building and work excellence for manufacturing staff), 1998.
- "Procedure in Handling Pre and Post-Marriage for Qadi in Singapore", 2004
- "Modules on Islamic Medication with Regards to Spiritual Disturbances" 1996
Training and Consultation Work
- Consultant, 2000 – now
Human Capital Development Trainer and Consultant.
- PETRONAS CARI GALI
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- TELKOM Indonesia
- KPJ Hospitals (Shah Alam and Ampang Puteri)
- Civil Service Institute (IPA), The Government of Brunei Darussalam
- Bintulu Port SDN BHD
- Bank Koperasi Indonesia (BUKOPIN)
- West Port Klang SDN BHD
- Penang Port SDN BHD
- Hitachi Malaysia SDN BHD
- Syarikat Air Terengganu
- Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
- PPIPS – Singapore Islamic Women Youth Association, Singapore
- Madrasah Irsyad Singapore
- Sheng Hong Community Centre Singapore
- Utusan Malaysia Bhd
- Bank of Muamalat (in a few states in Malaysia)
- RAPID KL
- Bank of Muamalat (in a few states in Malaysia)
- Psychiatric Department, Sultan Aminah Hospital, Johor Bharu
Mohd Khair Md Noor
CEO & Ketua Konsultan, The SuChi Group
Beliau berpengalaman mengendalikan program-program Kesihatan Seksual dan Pendidikan Seksualiti dengan sokongan HPB, MCYS dan juga MOE. Mohd Khair juga kerap diundang sebagai pakarujuk dan motivasi dalam program radio Warna 94.2 FM seperti Dilema, MINIT Sehari dan Variasi Petang, dan juga muncul di layar TV dalam rancangan seperti Jus
Suriati Abdullah selaku Moderator
MD & Konsultan Kanan, SuChi Success Initiatives Pte Ltd
Beliau berpengalaman mengendalikan program-program kekeluargaan serta keseksualan remaja dengan sokongan HPB, MCYS dan juga MOE. Puan Suriati juga merupakan seorang Kaunselor bertauliah yang mendapat ijazah pos-siswazah, Masters of Science dalam bidang Kaunseling dari Universiti of South Australia. Beliau juga mengadakan sesi-sesi kaunseling perkahwinan dan remaja secara privet.
FAQs
FAEDAHNYA
Apakah faedahnya saya hadiri Seminar Mawaddah wa Rahmah ini?
Antara 10 faedah yang bakal dapat anda kecapi...
- Membantu para pasangan suami-isteri meningkat lagi kualiti perhubungan dalam rumahtangga mereka, terutama dalam hal-hal keintimanan.
- Meningkatkan kefahaman suami dan isteri mengenai aspek-aspek kesihatan rohani dan jasmani agar hubungan dalam perkahwinan tidak dibebani atau dihantui oleh isu-isu kesihatan yang boleh menghambat kualiti perhubungan suami-isteri
- Mempelajari amalan-amalan tertentu demi mengekalkan atau meningkatkan taraf kesihatan rohani dan jasmani yang baik demi rumahtangga yang bahagia
- Menangkis salah-faham yang biasa berligar-ligar dalam fikiran ataupun yang biasa diamalkan oleh sesetengah pihak mengenai hubungan intim suami-isteri
- Mendapatkan nasihat pakar mengenai kondisi kesihatan tertentu yang boleh menjejas keupayaan seseorang suami atau isteri dalam aspek nafkah batin.
- Membantu suami atau isteri memahami situasi kesihatan tertentu yang dialami oleh kaum lelaki dan kaum wanita, terutama mengenai aspek Sakit Tuan dan Sakit Puan
- Memahami tuntutan dan galakan yang terdapat dalam agama Islam mengenai hubungan intim dan keperluan menjaga kesihatan seksual suami-isteri
- Memahami cara hidup Rasulullah saw dalam aspek hubungannya dengan isteri-isterinya. Apakah Rasulullah saw seorang suami yang romantik atau sebaliknya?
- Mempelajari pendekatan komunikasi berkesan demi meningkatkan lagi kualiti hubungan zahir dan batin suami-isteri
- Mendapatkan tip-tip khusus untuk menghangatkan lagi hubungan suami-isteri dalam kontek Mawaddah wa Rahmah
APAKAH TUJUAN kasihsejati.com MENGANJURKAN SEMINAR MAWADDAH WA RAHMAH?
- Pertama sekali, kasihsejati.com ini adalah sebuah lelaman kepunyaan SuChi Success Initiatives Pte Ltd yang telah banyak menjalankan program-program pengayaan keluarga dan rumahtangga semenjak tahun 2006. Namun, pengasasnya Encik Mohd Khair dan Puan Suriati sudah pun menjalankan program-program tersebut semenjak tahun-tahun 90 ´an lagi.
- Seminar Mawaddah wa Rahmah ini sebenarnya adalah siri seminar yang pernah dianjurkan oleh SuChi Success dari tahun 2008 sehingga 2010 di mana lebih dari 1500 suami-isteri sudah meraih manfaat ilmu darinya.
- Seminar Mawaddah wa Rahmah dianjurkan lagi kerana terdapat permintaan dan juga topik-topik yang dibincangkan kurang sangat didedahkan di platform atau wadah-wadah yang lain. Sebab itulah SuChi Success melalui kasihsejati.com menganjurkan sekali lagi.
APAKAH PENGISIAN SEMINAR MAWADDAH WA RAHMAH INI SEBENARNYA?
- Secara mudahnya, Mawaddah wa Rahmah bererti kasih sayang yang penuh dengan kebahgiaan dan kerahmatan serta keberkatan. Dan makna kasih sayang dalam konsep Mawaddah ini merangkumi aspek-aspek fisikal, mental, dan kerohanian, termasuk isu kesihatan bagi setiap aspek tersebut. Maknanya rumahtangga mawaddah wa rahmah ini menitik-beratkan kasih sayang bukan setakat yang fisikal sahaja contohnya nafkah zahir kepada isteri dan anak-anak, tetapi juga kasih sayang terhadap pembangunan akal, emosi dan rohani. Dalam kontek suami-isteri, ini termasuklah isu nafkah batin.
- Dan aspek nafkah batin inilah yang paling SENSITIF untuk ditangani oleh pasangan suami-isteri itu sendiri, apatah lagi untuk diperkatakan di kelas-kelas dan di wadah-wadah masyarakat seperti forum dan seminar.
APAKAH KEUNIKAN SEMINAR MAWADDAH WA RAHMAH INI
- Yang PALING UNIK sekali adalah isu yang PALING SENSITIF ditangani dengan PENUH ADAB tanpa menjejas proses menimba ilmu oleh para peserta.
- Setiap peserta boleh BERTANYA dengan PENUH RAHSIA. Tersangat rahsia sehinggakan suami atau isteri sendiri pun TIDAK TAHU yang bertanya itu sebenarnya adalah pasangannya sendiri.
- Jawapan yang diberikan adalah secara TERBUKA. Semua peserta mendapat manfaat dari jawapan TERBUKA itu. Namun, identity yang tukang Tanya itu masih lagi menjadi RAHSIA.
- Inilah keunikan Seminar Mawaddah wa Rahmah anjuran kasihsejati.com di bawah naungan SuChi Success.
NIAT ATAU MOTIVASI
Apakah niat atau motivasi lebih dari 1500 suami dan isteri menghadiri Seminar Mawaddah wa Rahmah musim yang lalu?
Di antara perkara yang mendorong 1500 peserta lalu untuk hadir Seminar Mawaddah wa Rahmah adalah berikut...
- Menimba ilmu yang jarang disentuh di majlis-majlis ilmu di tempat-tempat lain seperti di masjid-masjid
- Meningkatkan kasih dan sayang serta intimasi di antara suami dan isteri
- Mendalami pengetahuan tentang intimasi dari sudut Islam
- Mendapatkan penjelasan terperinci mengenai perkara-perkara yang samar-samar atau keliru tentang hubungan seks dan intim suami-isteri
- Membantu pasangan (suaminya atau isterinya) untuk menyelesaikan isu-isu tertentu dalam hubungan mereka sebagai suami dan isteri
- Mendapatkan bimbingan bagaimana dapat memenuhi tuntutan dan menjalankan peranan sebagai suami dan isteri di peringkat yang lebih sulit dan sensitif
- Bagaimana menjadi suami ataupun isteri yang lebih penyayang, lebih romatik, lebih...
CARA BERTANYA SOALAN SOALAN SENSITIF
Bagaimana cara untuk bertanya semasa seminar berlangsung, sedangkan persoalan yang ingin dikemukakan adalah amat sensitif?
Jawabnya, setiap peserta berpeluang untuk bertanya secara RAHSIA 100%.
Tiada seorang pun akan tahu siapa yang bertanya apabila soalan dipancarkan dan diajukan kepada para anggota panel.
Apabila suami bertanya, isteri tidak akan tahu...
Apabila isteri bertanya, suami tidak akan tahu...
(kecuali kalau masing-masing pihak memberitahu pasangan masing-masing)
Kaedah bertanya secara RAHSIA tentang perkara-perkara SENSITIF yang kemudiannya dijawab secara TERBUKA, sudahpun kami gunakan dengan BERKESAN di seminar-seminar yang lalu.
Jom, hadiri Seminar Mawaddah wa Rahmah dan dapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai isu-isu kesihatan seksual, intimasi, komunikasi berkesan dan banyak lagi yang penting demi kesejahteraan hubungan anda suami-isteri.
KAMI TIADA MASALAH APA-APA
"Saya dan isteri tiada masalah apa-apa. Apa perlunya saya hadiri seminar seperti ini?
Lagipun, malulah nak pegi seminar macam ni. Nanti orang kata apa pulak? Macam tak cukup-cukup gitu..."
Betulkah begitu...?
Walaupun "take de masalah apa-apa", dengan menghadiri Seminar Mawaddah wa Rahmah ini, setidak-tidaknya akan dapat membantu anda mengelakkan dari melakukan atau membentuk fahaman yang boleh mengeruhkan atau melemahkan hubungan anda berdua sebagai suami-isteri.
Saya belum ketemui sepasang suami-isteri yang "tak de masalah apa-apa" sepanjang masa. Kalau ada, nak jugak belajar dari pasangan seperti itu...
Seminar Mawaddah wa Rahmah ini ditujukan kepada semua suami dan isteri yang mahukan kehidupan berumahtangga yang lebih harmoni, lebih utuh, lebih berkualiti dan lebih lengkap.
Isu-isu yang bakal dikupas adalah begitu releven kepada suami dan isteri. Bahkan, ramai peserta di musim yang lalu mengakui yang Seminar ini telah membantu mereka untuk memahami keadaan rumahtangga mereka dengan lebih baik lagi.
Memang adakalanya, sesuatu perkara itu lebih mudah untuk dikemukakan oleh orang lain, apatah lagi oleh para pakar seperti Prof Emeritus Dr Ismail Tambi dan Prof Madya Ust Hasanuddin Md Yunos.
Dan tidak kurang juga para peserta di musim yang lalu mendapati beberapa maklumat penting yang membantu mereka untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap satu sama lain, lantas meningkatkan lagi kualiti perhubungan mereka dalam rumahtangga.
Ada peserta di musim lalu yang hadir semata-mata kerana mencari-cari maklumat dan idea baru untuk menghangatkan lagi hubungan mereka suami-isteri. Ada pula yang hadir untuk mendapatkan pengesahan terhadap kefahaman dan tabiat atau perbuatan mereka selama ini.
Pokoknya, Seminar Mawaddah wa Rahmah ini bukan untuk pasangan suami-isteri yang bermasalah sahaja. Seminar ini adalah untuk anda yang sudah berumahtangga dan sedang mencari-cari ilmu, maklumat dan idea-idea baru meningkatkan lagi mutu kehidupan anda sebagai suami-isteri.
PERIHAL BASAHKAN KEPALA PADA HARI JUMAAT...
Hal basahkan kepala hari Jumaat yang dikaitkan dengan jimak bukan tidak ada sandarannya, walaupun ianya dianggap sebagai khilaf oleh sebahagian ulama'.
Sebahagian ulama mengatakan sunat berjimak pada pagi Jumaat, berdasarkan kepada satu isyarat dalam hadis Nabi SAW. Iaitu:
من غسل واغتسل وغدا وابتكر ودنا من الإمام ولم يلغ كان له بكل خطوة عمل سنة صيامها وقيامه
Maksudnya: "Sesiapa yang memandikan dan mandi, keluar pada waktu pagi dan bersegera, menghampiri dengan imam dan tidak melakukan perkara yang lagha (sia-sia), maka diberikan kepadanya dengan setiap langkah amalan setahun dengan puasanya dan qiyamnya". Direkod oleh: Abu Daud (no: 345), Tirmizi (no: 496), Nasai (no: 1381), Ibn Majah (no: 1087) dan lain-lain. (Hadith ini dinilai HASAN oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 4/542.)
Perkataan غسل diriwayatkan dengan dua bacaan: i) Antara tafsirannya adalah, "Sesiapa yang menyebabkan isterinya wajib mandi". Ertinya melakukan jimak dengan isterinya pada pagi Jumaat sebelum keluar ke masjid. ii) Tafsiran yang lain pula membawa beberapa pengertian. Antaranya ialah jimak, sebagaimana kata seorang pakar lughah al-Azhariy.(Majmuk 4/543). Jadi, berdasarkan kedua-dua riwayat ini dengan penafsiran seperti ini, sebahagian ulama mengambil istinbat sunat jimak pada pagi Jumaat.
Juga terdapat satu hadis lain yang dikatakan boleh menguatkan pendapat sunat jimak pada hari Jumaat, iaitu: "Adakah lemah salah seorang kamu untuk jimak pada setiap hari Jumaat, maka baginya dua pahala; pahala mandinya dan pahala memandikan isterinya". (Direkod oleh Baihaqi dalam Syuab al-Iman, dan beliau menilainya dhaif.) Sepertimana yang dinyatakan awal tadi, sebahagian ulama tidak berkongsi pendapat yang menyatakan mandi dikaitkan dengan jimak. Oleh itu, mandi disebabkan jimak pada Jumaat dianggap sebagai khilaf. Terpulanglah kepada individu.
Di dalam kitab Al-Imam Jalalluddin As-Suyuthi yang bertajuk "100 Keistimewaan Malam & Hari Jumaat" (terjemahan Haji Muhammad Nur Lubis), terbitan Jabatan Mufti Kejaraan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, ada merujuk kepadahadith Al-Baihaqi tersebut dan juga Sa'id bin Mansur di dalam kitab Sunannya yang telah mentakhrij daripada seorang pakar hadith dari Syam iaitu Makhul bin Abu Muslim, bahwa dia pernah ditanya tentang lelaki yang mandi kerana berjunub pada hari Jumaat, lalu dia menjawab, "Sesiapa yang melakukan demikian, maka baginya dua ganjaran pahala." WaLlahua'lam bissowab.
Cerita-cerita berikut datang dari pengalaman kami ketika mengendalikan program-program sepert kursus rumahtangga, program pengayaan rumahtangga dan juga seminar Mawaddah wa Rahmah yang lalu.
A. Senario Malam Pertama
Isteri: Abang, I takut lah...
Suami: Apa yang Ayang takutkan?
Isteri: Takut Bang...
Suami: Apa yang Ayang takut sangat...?
Isteri: Kawan-kawan cakap Bang...
Suami: Cakap apa...?
Isteri: Diorang cakap...tak pe lah Bang.
Suami: Cakaplah Yang, apa yang Ayang takut kan...?
Isteri: Tak pe lah Bang...kita rehat-rehat je eh?
Suami: Rehat-rehat je...?
Isteri: (kucup suami di dahi) Nite nite Bang. Assalamua'laikum (terus beluk bantal)
Suami: Waa'laikumussalam...hhaaaa?
Walaupun sudah bernikah selama lebih dari sebulan, si isteri masih lagi seorang anak dara, dan si suami masih lagi menunggu masanya. Pasangan ini kemudian hadir ke Seminar Mawaddah wa Rahmah musim lalu untuk mendapatkan panduan mengatasi rasa takut si isteri. Alhamdulillah, kedua-dua suami dan isteri berpuas-hati kerana telah mendapat panduan yang diperlukan di Seminar Mawaddah wa Rahmah.
B. Mencari Jamu...
Lelaki A: Beb, kau tahu mana boleh dapat jamu yang kick punya tak?
Lelaki B: Jamu?
Lelaki A: Iya lah ,,,jamu...J, A, M, U...jamu...
Lelaki B: Sejak bila kau ni main jamu pulak?
Lelaki A: Aku bukan nak main jamu, aku nak makan jamu
Laleki B: Inilah kali pertama aku dengar kau cakap pasal jamu. Apahal ni Bro?
Lelaki A: Jamu kan bagus. Makan jamu, badan tak lesu.
Lelaki B: Amacam sekarang baru kau cakap pasal badan ni sume?
Lelaki A: Zaman berubah Beb, makin lama makin senior..
Lelaki B: Kau tua ke hapa? Mana kau ni tua?
Lelaki A: Aku tak cakap tua pun...
Lelaki B: Ok lah senior, tapi kau cakap macam dah senior sangat lah, apahal ni Bro?
Lelaki A: Sekarang banyak tanggungan, banyak kerja, selalu overtime, kat rumah pun nak keje jugak pe..
Lelaki B: Kat rumah pun kene keje jugak?
Lelaki A: Iyalah, kene jugak tolong binik Beb. Dia pun kerja, bukan duduk romah je
Lelaki B: Wah kau ni baek ah...suami mee tali ah. Tapi takkanlah sampai nak kene makan jamu tu sume?
Lelaki A: Beb, aku kerja keras tiap-tiap hari pasal nak kasi nafkah zahir. Tapi bila dah terok-terok keje, lepas tu kene tolong binik aku kat romah, mana ada bateri lagi nak kasi nafkah batin? Superman tu lain, tenaga dia macam tak habis-habis gitu
Lelaki B: Hah kau cari jamu cap superman sudahlah...kompom onnnnn je...
Lelaki A: Aku serius ni Beb...
Lelaki B: Kau baru jugak kawin,,,,baru 5 tahun kan? Takkanlah da pancet Bro?
Lelaki A: Apa nak buat Beb, badan aku dah cam ni...nak kena ada supplemen...
Lelaki B: Kau ada penyakit ke?
Lelaki A: Tak de lah...cuma kadang-kadang aku ok, kadang-kadang aku ko Beb.. malu jugak ngan binik Beb. Harap badan aku je besar, taki kadang-kadang aku terpaksa buat bodoh je, buat macam aku penat lepak gitu,
Lelaki B: Kau biar betol Bro? Kau baru masok 30, takkan dah sejok?
Lelaki A: Aku tak tahu lah. Yang aku tahu, kawan aku kat ofis kata kene cari jamu pasak bumi lah, jejaka rimba lah, diorang suruh aku tongkat ali lah...macam-macam Beb..aku tenga tak tahu yang mana nak beli.
Lelaki B: Abih kau agak aku tahu eh?
Lelaki A: Iyalah, mana tau, dulu nenek kau jual jamu...
Lelaki B: Bro, aku rasa kau lebih baik pegi check doktor dulu lah. Kalau muda-muda dah ada masalah on off, kene pegi check Bro. jangan biarkan Bro. Kalau dia langsung tak nak bangun nanti amacam? Parah Bro
Lelaki A: Aku tak tau lah ...
Lelaki B: Abih bini kau tau tak?
Lelaki A: Dia tak tau. Aku tak nak dia tau. Aku masih nak piara aku punya jantan Beb!
Lelaki B: Kau tak kesian ke bini kau tu? Kau piker pasal kau punya jantan je. Kalau kau tak check doktor, kejantanan kau bentan Bro.
Lelaki A: Aku ada maruah lah Beb
Lelaki B: Kau cakap ngan aku pasal ni pasal apa?
Lelaki A: (diam)
Lelaki B: Aku kawan kau dari kecik lagi. Bagi aku, kau mesti pegi check doktor. Kau jangan nak makan apa-apa benda yang belum tentu boleh tolong kau. Kau tak dengar ke berita yang 4 orang masuk hospital pasal makan benda-benda yang kasi lagi mudarat ah! Tahun 2008 lagi sampai 10 orang MATI ah. Kau Tak tau ke?
Lelaki A: Mati aku...
Dapatkan maklumat yang sahih dari Seminar Mawaddah wa Rahmah pada 18 Feb 2012, jam 2ptg hingga 6ptg dari para pakar undangan.
C. Malulah Nak Pergi..
Suami: Abang malu lah nak pegi seminar ni. Nanti semua orang tahu yang kita ni ada masalah. Tak payah pegi lah...Masalah kita ni bukan berat sangat. Sekali-sekali je...tu bukan apa...Abang cuma penat je!
Isteri: Sekali-sekali? Tak sebulan tak sekali...
Suami: Tapi takkan lah nak Pegi Seminar tu terus cerita dengan semua orang. Islam sendiri melarang kita ceritakan hal kita macam tu pada orang lain. Seminar apa ni?
Isteri: Siapa kata kita kene cerita hal kita pada orang lain kat Seminar tu? Kita pegi Seminar tu untuk kita paham dulu hal kita ni.
Suami: Abis, macamana Seminar tu dapat bantu kita?
Isteri: Kita pegi Seminar tu kita belajar dulu. Kemudian kita boleh bertanya direct dengan Prof Ismail Tambi atau Prof Hasanuddin atau Encik Khair & isterinya.
Suami: Hah kan...bila kita tanya nanti, kan semua orang tahu...? Kan nanti satu dunia tahu hal kita ni?
Isteri: Tak de lah Bang...kita bertanya secara RAHSIA, tetapi jawapannya diberikan secara TERBUKA. Orang semua tak tahu siapa yang bertanya. Tapi semua orang tahu apa yang ditanyakan dan apa pula jawapannya.
Suami: Macam mana tu?
Isteri: Itulah Bang... Belum apa-apa dah nak bangkang. Si Munah tu dulu pegi Seminar Mawaddah wa Rahmah dia kata puas hati pasal semua persoalan tentang hal suami-isteri terjawab. Awak nak tanya apa pun boleh. Tidak ada orang yang tahu. Yang bestnya, jawapannya tu banyak membantu ramai orang.
Suami: Abis awak nak pegi lah ni?
Isteri: Yalah...kalau tak pegi rugi. Bukan senang nak dapat jumpa Prof Ismail Tambi tu. yang paling best lagi Bang, lepas Seminar boleh terus jumpa Prof Ismail secara perseorangan...Jom lah..
Suami: Okaylah...macamana nak daftar?
Isteri: Kita tel 68428161 atau lungsuri www.kasihsejati.com/MWR
D. Perlu 'recharge battery'
Isteri: Bang, kita ni dah kawin 25 tahun lebih. Abang tak rasa apa-apa ke?
Suami: Rasa apa?
Isteri: Awak betul-betul tak rasa?
Suami: Awak ni...apa yang awak nak saya rasa malam-malam cam ni...? Lain je bunyinya?
Isteri: Kalau awak ni...tak abis-abis.
Suami: Iyalah, malam-malam gini, awak tanya saya pasal rasa...saya ni lelaki, awak tanya saya malam-malam gini, rasa ke tak rasa, tentulah saya nak rasa...
Isteri: Tak abis-abis lah orang tua ni...
Suami: Laaaa...kene orang tua pulak...bila masa saya ni dah tua pulak...tengok maskel (muscle) saya...foooh masih jempol pe...
Isteri: memanglah awak punya maskel tu masih jempol lagi...yang saya nak cakap ni, awak tak rasa ke, rumahtangga kita ni....day in day out...sama je... dah macam rutin gitu...awak tak rasa ke...?
Suami: Entah lah Yang, saya ni rasa okay je... Yang saya lebih peningkan tiap-tipa hari...cukup tak saya bawa balek tiap-tiap bulan... yang saya tau, saya kene kerja keras jadi kita hidup satu keluarga tak susah...itu yang saya rasa...
Isteri: Alah Abang ni...itu saya tau lah, tapi saya rasa hubungan kita ni laki bini nak kene jugak kasi oooomph sikit lah...lagi-lagi awak tu asyik keje je...tak kan lah nak asyik keje je... saya pun nak...(kene potong dengan suami...)
Suami: Awak pun nak jugak....saya dah siap ni...
Isteri: Saya blom abis cakap awak dah enter frame...selalu cam tu...
Suami: hehehehe
Isteri: Saya nak awak dan saya cari-cari idea lah macamana nak kasi rumahtangga kita ni lebih hangat lagi..
.
Suami: Sekarang ni sejuk ke...?
Isteri: Awak tak rasa ke...?
Suami: Saya hot je selalu...awak sejok ke?
Isteri: Tu lah orang lelaki, asyik ke situ je...
Suami: Kata namanya LELAKI...
Isteri: Abis saya orang pompan awak tak pikir?
Suami: Saya pikir pasal awak lah tu, saya hot...
Isteri: Abang, orang pompan, perlukan juga perkara-perkara lain selain dari yang tu aje...
Suami: Selama ni tak cukup ke yang saya dah kasi...?
Isteri: Okay lah alhamdulillah....tapi kan kahwin tu lebih luas lagi dari setakat tuuuuu je..? Saya nak rasa dihargai, disayangi, dibelai, di ...macam-macam lagi lah
Suami: AiK? Dah kawin lebih dari 25 tahun tak cukup-cukup ke? Saya penat tau cari rezeki kat luar, abis awak nak macam-macam...
Isteri: Saya tak mintak awak emas banyak-banyak (dalam hati, kalau dapat pun baeeek jugak), rumah besar ke, harta menimbun-menimbun Bang... saya cuma rasa dah tiba masanya kita ni recharge battery dalam rumahtangga kita...
Suami: Hah? Recharge battery?
Isteri: Betul Bang....rumahtangga pun kene recharge jugak...tak boleh terus je...nanti boleh jadi mual tau...
Suami: Awak ni bunyik nye macam tenga ngandong je...? hehehehe
Isteri: Bang...saya ni serius laaa
Suami: Apa yang nak awak saya buat...?
Isteri: Kita pegilah ke Seminar Mawaddah wa Rahmah tu. Ada banyak panduan untuk recharge rumahtangga kita Bang...
Suami: Hah, benda-benda cam ni pun kene pegi Seminar?
Isteri: Menuntut ilmu tu sepanjang hayat Bang...kalau tak ada ilmu, rumahtangga pun yang dah lama pun boleh jadi jemu...
E. Siapa Yang Mandol?
Isteri: Kenapa mak awak sekarang ni pandang saya lain macam aje ni?
Suami: Lain apanya?
Isteri: Yalah, asyik-asyik cakap pasal cucu! Dah lah sindir-sindir, asyik-asyik cakap kakak dan abang awak yang kasi dia banyak cucu!
Suami: Biasalah tu...bila anak-anak dia kawin, cucu mesti mari..
Isteri: Alah Abang ni pun sama, asyik nak salahkan saya je. Saya tahu, saya ni belum kasi mak awak tu cucu...
Suami: Sama apa? Tapi memang betol pe, kita belom ada anak...anak tekak tu adalah, tapi anak sendiri mana ada?
Isteri: Abih, awak salahkan saya lah!
Suami: Saya tak cakap!
Isteri: Awak tak cakap? Tapi body language awak tu yang cakap tau!
Suami: Awak tengoklah sendiri...kita dah kawin 3 tahun lebih, tapi satu pun belom dapat. Abis, saya yang salah? Siapa yang mandol
Isteri: Apa mandol-mandol? Apa? Awak pikir saya ni dodol ke? Suka-suka boleh tuduh & tendang sampai gol?
Suami: Siapa yang tuduh-tuduh. Saya cuma cakap je. Memang fact apa, ada masalah mandol...!!!
Isteri: Ohhhh, kalau mandol je, isteri, kalau isteri je, mandol...? kelakar ke pe si Samdol ni...
Suami: Ai...memang biasa pe, isteri yang biasanya mandol...
Isteri: Alo...siapa kata? Mak awak kata? Doktor kata suami pun boleh MANDOL lah...
Suami: Saya ok pe. Saya punya gagah perkasa pe. Apa awak cakap ni?
Isteri: Alaaah, entah-entah luar je perkasa, tetapi bila tembak, tembak peluru blanks
Suami: Awak jangan nak hina saya tau!
Isteri: Bukan menghina lah Abang. Cakap fact pe...kajian di Singapura ini tunjukkan yang memang lelaki di sini sperm count dah kurang. Sperm quality pun drop, buka macam COE...asyik naik je!
Suami: Abis, apa awak nak saya buat...?
F. "Yok Yang! Pergi Jemputan..."
Suami: Sabtu ni Ayang ada keje tak? (Suami berada di ruang tamu)
Isteri: Kenapa Bang? (Isteri berada di ruang dapur)
Suami: Ingatkan nak ajak Ayang keluar kejap...bleh?
Isteri: Tak de jemputan kawin ke?
Suami: Itu lah...nak ajak Ayang pegi jemputan pasal kawin lah ni
Isteri: Ada jemputan kawin ke Sabtu ni?
Suami: Ada...
Isteri: Siapa yang kawin Bang? Jemputan siapa?
Suami: Jemputan...(terhenti seketika...) Abang (terhenti sekali lagi sambil membongkok mencari telefon bimbitnya)...mana pulak...? (Isteri terdengar "Nak" dan bukan "pulak" )
Isteri: Jemputan Abang nak...?
Suami: Coming...(Isteri dengar bukan "coming" tetapi "kawin")
Isteri: (Sambil bergegas keluar dari dapur) Jemputan Abang Nak Kawin..!?!?!?
Suami: Hah? Abang nak kawin
Isteri: Iya lah...saya tanya awak, ada jemputan tak? Abis awak kata "Jemputan Abang Nak Kawin"
Suami: Hahahahaha.....siapa kata jemputan abang nak kawin? Abang nak kawin dengan siapa pulak? (dengan suara perlahan sikit...) bagus jugak kalau awak kasi saya kawin lagi...
Isteri: heeeee...gatalnya...awak yang cakap jemputan abang nak kawin
Suami: alaaaaaaah...saya tak cakap cam tu. Saya cakap jemputan, abang nak bawak awak...sambil saya carik handphone saya..pas tu saya dengar awak panggil saya, saya jawab "coming". Awak yang dengar "kawin"
Isteri: Awak cari cari gaduh eh?
Suami: Siapa yang cari gaduh? Saya betul-betul nak ajak awak pegi jemputan kawin....hehehehe.... okay lah, saya nak ajak awak pegi jemputan saya nak kawin lagi lah...
Isteri: Hah tu...kan gatal tu, memang cari gaduh!
Suami: Memang saya nak kawin lagi...(sambil kene cubit dengan isteri)...ok ok ok... Saya nak kawin lagi dengan awak laaaah...adooooh sakit
Isteri: Nak kawin lagi dengan saya...? tebiat ke pe?
Suami: Memang tebiat Yang....saya nak kawin awak lagi Yang
Saya nak ajak awak pegi jemputan kawin kita berdua Yang
Isteri: Apa jemputan-jemputan kawin ni Bang?
Suami: Saya nak pegi jemputan kawin...jemputan untuk hadir Seminar Mawaddah wa Rahmah lah, sabtu ni....
Isteri: Itu kan Seminar je...
Suami: Jemputan kawin lah tu. Awak dah tak ingat lagi? Kan seminggu lagi kita sambut ulangtahun kawin kita. Jadi saya ingatkan nak bawak pegi Seminar tu untuk kita re-charge perkahwinan kita...carik-carik idea Yang... mana tau awak dah jelak ke dengan cara say layan awak?
Isteri: Oh ya lah...kita punya anniversary!!!! Yey!!!
Suami: Kita pegi seminar tu dulu...lepas tu kita amalkan lah benda-benda baru yang kita belajar nanti!
Isteri: Macam lain je bunyinya tu...? Tak cukup-cukup!
Suami: Hai...Abang ni lelaki Yang...selagi hayat dikandung badan, selagi itu Abang sayangkan Ayang, dan selagi tu lah memang tak cukup-cukup
Isteri: (sambil mencubit suami...) hhmmm
Suami: (sambil menyengis...) hehehehe...oooohhh sakit lah Yang...
Isteri: OK jom, saya pun nak recharge, nak cari-cari idea baru...jadi awak tak pandang lain, awak saya je....lepas tu kita celebrate anniversary kat hotel 5 star ok?
Suami: (gulp)...5 star Yang?
Isteri: (tersenge...) Kita belajar kita sama-sama amalkan... deal Bang?




