Kasih Sejati
 
Search     
 
       
     

Past Programme

Selingkuh Bukan Salah Aku

Talkshow "Selingkuh, Bukan Salah Aku" bertujuan membantu para pasangan suami-isteri untuk memperkukuhkan perkahwinan dengan menimba ilmu, sikap dan kemahiran yang dapat mengelakkan diri dan pasangan dari terjebak dalam situasi selingkuh.
Para peserta akan didedahkan dengan perkara-perkara disangka biasa "BIASA" tetapi sebenarnya BERBISA.

Talkshow ini akan disertai

  • Shahrin Azhar, seorang Artis dan juga Hos terkenal
  • Puan Noorlila Abdul Hamid, seorang Peguam
  • Encik Masbollah Fazal, seorang Penyiasat Sulit (Private Investigator)
  • Sheikh Zahurin Al-Jawiah, seorang Perawat Ruqyah
  • Ustaz Abdul Jalil Abdul Razak, seorang Asatizah Kaunselor

Sebuah kisah selingkuh sebenar akan dikongsi bersama agar menjadi iktibar. Antara topik-topik yang akan dibincang termasuk:

  • Siapa lebih Curang - Suami atau Isteri?
  • Punca-Punca & Tanda-Tanda Kecurangan
  • Peranan Sihir & Makhluq Halus
  • Risiko, Akibat & Korban Kecurangan
  • "Bagaimana Tangani Kecurangan
  • Tips-Tips Elak Curang
  • Doa & Harapan

Tempah tempat anda sebelum kehabisan ruang.

Tarikh: Sabtu, 26 Mei 2012
Waktu: 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat: Tampines Regional Library Auditorium, Lantai 3
Harga Tiket: (i) Early Bird (sehingga 20 May 2012): $30/seorang; $55/pasangan
                     (ii) Harga biasa (21 May sehingga 25 May 2012) : $35/seorang; $65/pasangan
                     (iii) Walk-in pada 26 May 2012: $40/seorang; $75/pasangan
                     (iv) Untuk pendaftaran secara berkumpulan (minima 10 orang): $25/seorang
Semua harga termasuk jamuan ringan.

CARA PEMBAYARAN

  1. Pembayaran boleh dibuat menerusi:
    • ATM Fund Transfer
    • Internet Banking [IBG]
    • Mailing of Cheques [value of ticket will depend on clearance of cheque]
    • Pembelian Langsung [Cash] di pejabat SuChi Success

  2. Untuk pembayaran secara ATM Fund Transfer atau IBG, sila buat pembayaran dengan Jumlah Yang Tepat kepada akaun berikut:

    DBS Savings Plus
    Account Number: 017-9-095033

    Pastikan anda membuat pembayaran untuk Jumlah Yang Tepat dan nombor Account Number kami Yang Tepat sebelum anda tekan butang SUBMIT atau CONFIRM

    Setelah membuat pembayaran melalui ATM Fund Transfer atau IBG, sila hubungi kami di 6842 8161 untuk memberitahu kami bahawa pembayaran telah dilakukan dan SCAN atau EMAIL Receipt Fund Transfer atau IBG tersebut kepada info@kasihsejati.com. Sila bawa resit ATM Fund Transfer atau IBG sebagai pengesahan pembayaran anda pada hari program.

  3. Pembayaran melalui Cheque harus dibayar kepada SuChi Media Pte Ltd. Sila catitkan Nama Peserta, Nombor Talifon serta Nama Program yang ingin diikuti di sebelah belakang bawah cheque tersebut. Pastikan Jumlah Yang Tepat dan diposkan ke:

    SuChi Media Pte Ltd
    c/o SuChi Success Initiatives Pte Ltd
    No: 1, Sims Lane, #04-11
    Singapore 387355

    Setelah diposkan Cheque tersebut, sila hubungi kami di 6842 8161 untuk memberitahu kami cara pembayaran anda dan tarikh Cheque diposkan.

  4. Pembayaran menerusi Cash boleh dilakukan di pejabat SuChi Success di alamat yang tertera di atas [No: 3]. Sila buat temujanji dengan Pegawai Administrasi Program di talian 6842-8161 sebelum anda datang ke pejabat kami. Sila bawa Jumlah Yang Tepat untuk Pembayaran Cash.

  5. Resit akan diberikan untuk Pembayaran Cash dan untuk Pembayaran Cheque setelah cheque diluluskan oleh pihak Bank dan sekiranya ada pemintaan oleh peserta.

  6. Sila baca Terma & Syarat [Terms & Conditions] penyertaan programme.

Program ini dibuka HANYA untuk orang-orang dewasa sahaja. Anak-anak dibawah usia 16 tahun TIDAK DIBENARKAN menyertai program ini.

Case Study 1:
Seorang isteri mula berjinak-jinak dengan FB dan terjumpa ramai kawan-kawan sekolah lama, tidak kira lelaki atau wanita, masih single atau telah berumahtangga.
Selama beberapa minggu mereka saling berhubungan sehingga terbina rangkaian teman-teman setia. Di dalam rangkaian teman-teman setia, terdapat pula teman-teman yang mesra.
Di dalam rangkaian yang mesra ini, mula wujud beberapa teman lelaki yang mula bertukar-tukar mesej nakal dan ada juga yang romantis. Si isteri mula lebih berikan perhatian kepada seorang teman yang begitu pandai sekali menarik perhatiannya dan menghiburkannya. Masa si isteri itu di depan komputer ribanya semakin hari semakin bertambah. Tak cukup dengan komputer riba, si isteri itu juga menggunakan telefon bijaknya untuk saling bertukar mesej dan kemudian beralih kepada perbualan menerusi telefon. Dan perbualan telefon ini berganjak menjadi perbualan telefon yang berbaur romantis. Si suami sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kene lalu mengintai-intai dan mengintip si isteri, dan kemudian terus menyergahnya pada suatu malam.
Dipendekkan cerita, suami menceraikan isteri kerana sudah anggap isteri curang. Si isteri tidak sempat pun bertemu teman sekolah lamanya itu apabila diceraikan suaminya.

Case Study No.2
Azman seorang suami yang rajin dan bertanggungjawab. Beliau bekerja keras untuk menyediakan yang terbaik buat keluarganya. Azman juga mengizinkan isterinya untuk keluarg bekerja.
Pada mulanya kedua-dua mereka bekerja office hour dan selalu dapat bersama pada hujung minggu. Selang beberapa tahun, Zana, isteri Azman, terpaksa mencari pekerjaan baru apabila diberhentikan kerja. Kerja Zana yang baru memerlukan beliau bekerja shift, termasuk hujung minggu. Azman masih lagi bekerja secara office hour.
Semakin hari mereka semakin kurang dapat bersama. Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan kurang mampu untuk beri tumpuan kepada keperluan masing-masing sebagai suami dan isteri.
Azman pergi kerja di pagi hari tanpa dapat duduk dengan isteri untuk bersarapan bersama. Zana pulang dari kerja apabila Azman dah keluar rumah. Apabila Azman pulang ke rumah, Zana pula dan bersiap sedia untuk keluar bekerja, dan selalu juga Azman pulang ke rumah tanpa Zana di rumah untuk menyambut kepulangannya. Situasi ini berlarutan selama beberapa tahun. Suatu pagi, setelah penat pulang dari kerja, Zana terhidu bau minyak wangi di baju Azman apabila beliau mengumpul baju untuk dicuci. Minyak wangi itu bukan minyak wangi Azman. Dan Zana pun tidak pernah gunakan minyak wangi seperti itu. Sapu tangan dalam seluar Azman tercalit warna kemerah-merahan, semacam gincu bibir... Zana menitiskan airmata...

Case Study 3:
Shimah rasakan rumahnya dah jadi macan neraka. Balik kerja je, kene buat semua kerja-kerja rumah walaupun ipar-duai yang lain ada dan boleh membantu. Hubungan dengan mentua pun dah tegang. Bila ada masalah, Shimah bengang kerana suami samada menyebelahi keluarganya sendiri atau tidak berani untuk menegur kaum kerabatnya sendiri, padahal rumah itu adalah rimah mereka suami-isteri.
Shima lebih suka menghabiskan masa di tempat kerja kerana tidak mengalami stress macam di rumah.
Di tempat kerja Shima pun ada rakan-rakan yang ia boleh luahkan perasaan bila beliau menghadapi stress di rumah.
Salah seorang rakankerjanya adalah Jeffry yang sering memberinya nasihat untuk beliau bersabar. Mereka berdua sering keluar makan tengahari bersama. Jeffry juga seorang yang pandai berjenaka dan menghiburkan hati kawan-kawan di tempat kerja, termasuk juga Shima. Jeffry juga pandai memujuk Shima apabila Shima tampak begitu "down" sekali dengan masalahnya dengan suami, mentua dan ipar-duainya.

Case Study 4:
Azman dan Zainab adalah pasangan suami-isteri yang memegang jawatan kanan dalam kerjaya masing-masing. Anak-anak mereka berusia 13 & 9 tahun. Azman seorang ketua jabatan manakala Zainab isterinya pula seorang timbalan pengarah. Kedua-duanya berusia dalam lingkungan lewat 30an tahun.
Kedua-dua Azman dan Zainab sentiasa sibuk dengan tugas masing-masing. Zainab juga sering bawa pulang kerjanya ke rumah. Azman sering pulang lewat dan tidak kurang juga bekerja sewaktu hujung minggu.
Suatu petang, Zainab pulang ke rumah awal dan mendapati Azman sedang mandi. Telefon Azman yang selalu diletakkan di dalam seluarnya terkeluar apabila Azman mencampakkan seluarnya ke atas katil. Belum pun sempat Zainab menyapa Azman, telefon Azman bergegar dengan masuknya sebuah SMS.
SMS itu terpapar di muka telefon Azman dan menarik perhatian Zainab sebagai berikut,
"Darling, be early tonite. I have something special for you. You're gonna luv it....(censored)" Zainab...

Case Study 5:
Zety seorang ibu, isteri dan usahawan yang memang rajin dan bekerja keras. Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan akar umbi. Rashid, suami Zety, seorang karyawan dalam bidang kejuruteraan. Rashid seorang yang lebih introvert berbanding Zet yang lebih extrovert.
Anak-anak mereka juga sudah menjangkau usia 20an tahun. Malah salah seorang dari anak perempuan akan berkahwin tidak lama lagi.
Zety sentiasa sibuk dengan bisnes alat-alat solek wanita dan kerja-kerja kemasyarakatannya. Adakalanya beliau pulang ke rumah, suaminya sudah pun tidur, adakalanya sama-sama baru pulang juga ataupun sedang menonton TV atau di depan komputernya.
Adakalanya, suami-isteri ini tidak bersua muka selama beberapa hari pun. Masing-masing sibuk. Suatu ketika, Ramlah, rakan Zety dalam bisnes alat solek, menelefonnya untuk membuat temujanji di sebuah kafe. Ramlah mengatakan yang belau ada suatu perkara yang teramat penting untuk dibincangkan, dan hanya boleh bincang secara face-to-face.
Setelah berjumpa dan meminum kopi dan makan-makan dalam suasana hi-tea petang, Ramlah mengeluarkan telefon bimbitnya sambil berkata, "Zety, aku nak beritahu kau satu perkara penting. Tapi dengan syarat."
Zety, bertanya, "Hai apa bendi ni..syarat-syarat semua ni? Ni peluang bisnes baru ke?"
Sambil tekan-tekan butang telefonnya, Ramlah menjawab, "Ni bukan pasal bisnes....tapi penting sangat buat kau. Aku harap kau banyak bersabar dan lenting-lenting, ok?"
Zety, "apa dia...? Serius sangat nampak...?"
Ramlah, "Aku rasa memang serius. Aku nak tunjukkan kau sesuatu tapi kau jangan melenting. Boleh?"
Zety, "Apa dia...?"
Ramlah, "Ini dia."
Ramlah menunjukkan video dalam telefon bimbitnya. Video itu dipetiknya sewaktu di Kafe yang sama beberapa minggu yang lalu. Terkejut, Zety berkata, "Itu macam Abang Rashid...tapi siapa perempuan tu yang manja sangat dia tu....?"

 1