Kasih Sejati
 
Search     
 
       
     

Nasihat No.16: Topik PANAS….fuuyyyoooo!!! Pasal MENT….

Salah satu topik yang amat mendapat perhatian para peserta kursus rumahtangga Kasih Sejati yang kami kendalikan adalah mengenai hubungan dengan bakal M...E...N...T...U...A....
PANAS....fuuyyyoooo!!!

Banyak isu sebenarnya yang ramai bakal menantu pelajari untuk mereka tangani dengan bijaksana dan penuh hikmah dalam kursus rumahtangga Kasih Sejati. Banyak perkara juga yang mereka tidak tahu, kurang pasti atau ada isu-isu tertentu yang perlu mereka bereskan..

Di antaranya adalah isu tempat tinggal selepas nikah. Salah seorang peserta lelaki kursus rumahtangga Kasih Sejati baru-baru ini bertanyakan apakah yang beliau harus lakukan untuk menangani cabaran yang bakal beliau hadapi.

Cabarannya begini: Selepas bernikah, si bakal suami ni merancang nak bawa isterinya tinggal bersama-sama ibunya sendiri. Bakal ibu mentuanya juga dah 'sound' yang dia nak anak perempuannya terus tinggal bersamanya lepas nikah nanti. Dan 'sound' yang dia buat tu bukanlah sekali, malah berkali-kali. Si bakal menantu ni pulak baik budaknya...nak jaga hati bakal mentua tapi ibunya pulak siapa yang nak jaga? Dia pulak takut-takut kalau dia bawak isterinya tinggal dengan ibunya sendiri, nanti bakal mentuanya pulak akan berkecil hati, etc, etc, etc dan kalau boleh si bakal menantu tu tak mahu perkara tu berlaku.

Bakal ibu mentuanya masih bersuami dan punyai anak-anak perempuan yang lain dan masih tinggal bersamanya. Namun, beliau itu rapat dengan anaknya yang bakal menjadi isteri orang.

Si bakal menantu (lelaki) pulak adalah satu-satunya anak lelaki dan sekarang ini tinggal bersama ibunya. Ayahnya sudah tiada lagi. Yang tinggal bersamanya adalah kakaknya yang belum berumahtangga lagi.
Apakah agaknya jalan keluar yang sebaiknya untuk si bakal menantu tersebut?

Apakah langkah yang harus diambil oleh bakal menantu itu, sebelum dan sesudah bernikah nanti?
Hhhmmmm....

 1