Kasih Sejati
 
Search     
 
       
     

Past Programme

"Suami Tampan, Isteri Menawan...Pra-Syarat Kebahagiaan?"

Programme poster

Bersama
1. Puan Kartini Abdul Rahman, Pengasas Kebayarobics Singapura,
2. Ustaz Abdul Jalil Abdul Razak, Kaunselor dan Pengantara Keluarga,
3. Dr Suraidah Amat, doktor dari Medina Medical Centre
4. Para Konsultan dari SuChi Success Initiatives Pte Ltd.
Tamu undangan: Suhaimi Yusof dan isteri, Yana Sulaiman

Dikendalikan oleh
1. Mohamed Khair b Mohamed Noor, CEO & Ketua Perunding, The SuChi Group
2. Suriati Abdullah, MD & Perunding Utama, The SuChi Group

Tempah tempat anda sebelum kehabisan ruang.

Pengisian Talkshow:
Menyelongkar Rahsia Kebahagiaan Berumahtangga

  • “Suami ku dah botak, Isteri ku dah boyak…apa nak buak?”
  • Apakah kebahagiaan rumahtangga bergantung kepada apek-aspek berikut yang ada atau tidak dalam diri pasangan suami-isteri?
    • Fisikal & Penampilan
    • Kesihatan Jasmani, Rohani & Mental
    • Kerjaya & Bisnes
    • Kestabilan Sumber Pendapatan
    • Perangai serta Tabiat Baik & Buruk
    • Ciri-Ciri Khusus yang lain seperti Personaliti dan X-Factor
  • Kenapa pasangan tidak bahagia?
  • Apakah tanda-tanda rumahtangga tidak bahagia?
  • Rahsia pasangan bahagia berumahtangga berdekad-dekad lamanya
  • Apakah intimasi penting dalam kebahagiaan rumahtangga?
  • Apakah rating anda terhadap kadar intimasi dalam rumahtangga anda?
  • Formula mencapai kebahagiaan sebenar dalam rumahtangga?

 

Tarikh: Ahad, 8 Julai 2012
Waktu: 2.30 petang - 5.30 petang
Tempat: SuChi Success Training Centre, 1 Sims Lane, #04-11. Klik di sini untuk peta.
Harga Tiket:  (i) Early Bird (sehingga 1 July 2012): $30/seorang; $55/pasangan
                     (ii) Harga biasa (2 July sehingga 7 July 2012) : $35/seorang; $65/pasangan
                     (iii) Walk-in pada 8 July 2012: $40/seorang; $75/pasangan
                     (iv) Untuk pendaftaran secara berkumpulan (minima 10 orang): $25/seorang
Semua harga termasuk jamuan ringan.

Isteri: Awak nak keluar lagi…? Kan awak baru balek?
Suami: (berdiam diri tetapi terus bersiap-siap untuk keluar rumah)
Isteri: Nak pegi mana Bang?
Suami: Awak tak nampak…?
Isteri: Manalah saya tahu awak nak pegi mana kalau awak tak bagi tahu…?
Suami: Awak memang lama dah tak Nampak…
Isteri: Tak nampak apa Bang…?
Suami: Awak dah lama tak nampak saya…saya ni laki awak, tapi awak tak Nampak..
Isteri: Apa yang awak merepek ni…?
Suami: Merepek awak cakap? Siapa yang merepek?
Isteri: Apa ni Bang? Saya cuma tanya, tak bleh?
Suami: Awak ni memanglah buta…saya ni suami awak, tapi awak macam buat tak tahu… awak asyik sibuk dengan anak-anak, dengan keluarga awak….tiap-tiap malam, saya balek awak penat, awak lepak, awak tidur dulu, saya mintak awak tolak…apa awak fikir saya ni apa?
Isteri: Itukan tugas saya, saya urus rumah, saya jaga anak awak, apa awak fikir tu senang ke pe? Awak yang tak berhati perut! Saya penat pun awak tak kesah! Mana pernah awak tolong saya kat rumah. Balek rumah je, keluar, balek je, keluar. Apa awak fikir rumah ni hotel ke pe. Awak fikir saya ni babu awak ke pe? Awak fikir saya ni hamba awak ke pe…? Bila-bila masa awak nak, saya mesti kasi? Gitu? Awak fikir say ni apa hah?


Sam: Semenjak dua menjak ni kau makin segak Nampak…?
Dol: Semenjak dua menjak ni ke…?
Sam: Dulu kau tak cam ni…Aku tengok sejak anak pompan kau yang last tu kawin, kau pun makin menjadi-jadi…
Dol: Ooohhhh…rupa-rupanya kau perasan jugak eh…? Ingatkan tak de orang kesah..
Sam: Dol, apa tak nye. Dulu mana kau ada pakai sunglasses, baju lawa-lawa macam nak pegi holiday sume tu…
Dol: Dulu lain, sekarang lain. Dulu beban, sekarang bebas..!
Sam: Lain macam je bunyik ni…kau dah lepaskan bini kau ke…?
Dol: Bini aku ada lagi. Dia ada kat romah.
Sam: Abis yang bebas tu apa hal…?
Dol: Dulu, aku kerja terok-terok macam nak gila pasal anak-anak punya pasal. Sekarang diorang dah aku kasi pelajaran dan suma dah kawin, tanggungjawab aku dah selesai. Dulu beban, sekarang bebas…!
Sam: Bini kau apa hal pulak…?
Dol: Tak de hal…dia macam biasa…macam biasa dia duduk rumah. Tapi aku sekarang dah bebas. Dulu banyak benda aku tak leh buat…kenangkan anak-anak. Sekarang, kerja pun dah semakin senang, anak-anak sume dah lepas, time aku pulak nak terbang helang…hehehehe
Sam: Happy Nampak?
Dol: Memang…ni baru happy…!!!
Sam: Sebelum ni tak happy…???


Suami: Yang, awak ni dah mandi ke blom...?
Isteri: Apahal pulak...?
Suami: Tanya je...tak bleh?
Isteri: Abis yang awak tak nampak saya mandi pagi-pagi tadi cuci rambut sume tu...?
Suami: Tapi masih terasa bahang lagi...
Isteri: Bahang apa? Cakap baik-baik sikit ...
Suami: Saya cakap je...
Isteri: Bahang, bahang, bahang...bahang apa...cakap teros terang kan senang Bang!
Suami: Saya cakap je...kata kasi feedback...
Isteri: oohhhh bila nak, pandai dia buat baik. Bila dah dapat, bahang lah, tu lah, ni lah...
Suami: Awak kan isteri saya...(terus Isteri enter frame...)
Isteri: ...Saya mandi pagi-pagi sebelum subuh, sekarang dah pukul berapa? Dah macam-macam kerja saya buat tau! memanglah bahang...cakap je lah Bang, badan saya ni berbau...
Suami: (Diam...)
Isteri: Bila awak nikah dengan saya dulu, awak mesti amek saya satu pakej. Awak tak leh nak saya, tapi bau tak nak...Awak kene amek saya dan bau-bau saya sekali satu pakej...
Suami: Saya...(Kene potong cakap...)
Isteri: Dah awak buat sume kerja-kerja rumah. Lagi banyak saya buat, lagi banyak nanti awak kata saya ni bahang...hah amek awak...
Suami: (Gulp...)


Din: Kau ni kalau tengok pompan, aku tengok pun takut…
Don: Rezeki Beb lalu depan mata…
Din: Rezeki, rezeki…
Don: Aku tengok sekali pe, tak dosa kan? Aku bukan tengok dua kali..tu baru dosa…sekali lalu, sekali nampak, sekali tengok…rezeki lah tuu..
Din: Yang kat rumah tu lagi rezeki besar Bro…halal pulak tu…
Don: Memang BESAU Beb…makin hari makin besau sampai TAK MUAT mata aku nak tengok
Din: Lain je bunyi Bro, macam tak hepi je..
Don: Macamana nak hepi kalau cakap aku dia tak nak dengar…makin hari makin mengembang… aku boleh penyek kene hempap dengan dia tau…!!!
Din: hahahahaha… kau pun apa kurang…!!!
Don: (Berdengus….macam….)


Dol: Mat, aku tengok bini kau makin hari makin cun…
Mat: Hep…noti eh kau Dol..nak kene sondol..?
Dol: Relek ah Bro…aku bukan nak kacau bini kau lah..
Mat: Abis kau cakap bini aku main cun sume tu apasal?
Dol: Mat, bini kau makin hari makin cun melecun…Kau pulak makin hari makin boom mengeboom
Mat: Kau nak cari pasal nampak…?
Dol: Kau tengok lah badan kau kat cermin…silap hari bulan, bini kau silap address ah…
Mat: Apa kau cakap ni…?
Dol: Bini kau sibuk pegi exercise sume tu bakar lemak, kau pulak sibuk tambah lemak… Dia makin jambu, kau makin macam lembu…
Mat: Kau tak sayang mulut nampak…?
Dol: Kau tak sayang bini nampak…?
Mat: ?!@$?^!?


Man: Dol, kau nampak tak hepi je..?
Dol: Hah?
Man: Orang lain lepas kerja, kelam-kabut nak balek. Kau macam kesah tak kesah je..?
Dol: (Diam…)
Man: Dol, dah pukul berapa sey kau tak balek-balek?
Dol: (Tengok jam…)
Man: Kau ada problem ngan binik kau eh…?
Dol: Tak de pa pe ahh…
Man: Kalau aku jadi kau, dapat macam binik kau, tak sabar-sabar nak balek beb tiap-tiap hari…
Dol: Man, kau nak kerja, buat hal kerja. Aku nak balek ke, tak nak balek ke, itu aku punya pasal…
Man: Dol, jangan marah ok. Semenjak dua menjak ni, kau balek selalu lewat. Aku dah start shift, kau pun tak balek-balek.
Dol: Aku nak relek lah lepas keje…
Man: Kat rumah kan lagi relek Brader. Binik cantek, rumah cantek..kan lagi bahgia…
Dol: dah lah…kau buat keje kau lah…aku nak relek…jangan kacau…


Siti: Tini sejak kau kawin, makin kurus badan kau?
Tini: Tak de lah, biasa je…
Siti: Mana pulak biasa, kau tengok gambar kau kat pas kerja…kau tengok muka kau kat cermin…kan lain sikit
Tini: Kalau lain, takkan lah pak guard kasi aku masuk office
Siti: Pak guard tu dah kenal kau. Tapi aku lagi kenal kau…
Tini: Tak de apa-apalah…
Siti: Kau sakit ke…?
Tini: (geleng kepala)
Siti: Laki kau eh…?
Tini: Tak de apa-apalah…
Siti: Dia main kong kali kong eh?
Tini: Tak de apa-apalah…
Siti: Laki kau tu hemsem, banyak peminat kat tempat keje dia, gaji besau, krete besau, rumah pun besau..Cuma keluarga je belom besau
Tini: Aku okay lah…
Siti: hmmm…
Tini: …Laki aku pun okay….
Siti: Aku dah lama kenal kau Tini. Kau tak boleh selindung-selindung cam ni Tini…Aku tahu kau tak bahagia…
Tini: (berpaling arah, sambil menitiskan airmata…)


Shikin: Aku tengok kau ni bahagia betul ngan suami kau…jeles lah
Nora: Alhamdulillah…kau pun apa kurangnya, pun ok pe…apa yang nak jeles pulak kan?
Shikin: Nora, kau ingat aku ni ok?
Nora: Yalah, pagi-pagi pegi keje laki kau hantar, balek dia amek…tak bahgia tu…?
Shikin: Kau nampak aku ngan laki aku kat kereta je…kat rumah kau tak nampak…
Nora: Kalau laki kau tak hepi ngan kau, takkanlah tiap-tiap hari dia hantar kau pegi keje?
Shikin: Entahlah Nora…eh, tapi kau lagi hebat. Tiap-tiap tahun pegi holiday. 2 kali pulak tu. Jun satu, Disember satu. Dah tu kaurang pegi bukan dekat-dekat…New Zealand, Australia, Amerika, Tokyo, London, Paris…tak bahagia ke tu…tak buat aku jeles tu…hehehehe?
Nora: Kau ingat nak pegi vacation tu sume senang eh? Memanglah enjoy bila pegi vacation. Tapi bila nak bayar tu macam nak giler…aku ngan suami aku keje macam nak rak kau tahu. Kadang-kadang aku tak jumpa laki aku berminggu-minggu pasal dia pegi outstation.
Shikin: Tapi at least dia bawak kau pegi ke mana-mana je kan? Tak bahagia tu namanya…?
Nora: Shikin, kebahagiaan tu letaknya bukan di negeri orang, kebahagiaan tu letaknya di sini (Nora meletakkan telapak tangannya di dada)


Isteri: Abang, Cikgu Jailani telefon lagi…
Suami: Hmmm
Isteri: Dia mintak kita berdua dating sekolah minggu ni, dia nak jumpa…
Suami: Apa lagi yang dia nak…? Tak habis-habis…
Isteri: Dia kata Aiman asyik ponteng sekolah je…
Suami: Awak je yang pegi…saya sibuk…
Isteri: Kita pegi sama-samalah…
Suami: Awak pekak ke? Kan saya kata saya sibuk!
Isteri: Cikgu Jailani nak jumpa awak jugak…
Suami: Saya dah kata dari dulu lagi, saya carik rezeki, kasi awak dan anak-anak makan minum, pakai patut semua tu…awak jaga anak-anak. Aiman ponteng sekolah, awak settle…Kalau sume saya buat, awak mak dia, apa awak buat?
Isteri: A..(kene potong suami…)
Suami: Saya tak nak dengar lagi…awak yang settle..tak paham-paham lagi?
Isteri: Tapi…
Suami: Awak pun sama nak kene ke pe….?




 1